Monday 22 August 2011

Dua-dua menyusu lagi??!

Iye...dua2 masih menyusu! Si abang akan emosi sgt2 kalau saya tak bagi dia menyusu. Kalau ikutkan,dia menyusu bkn sbb lapar pun,tetapi lebih kpd comfort..dia rasa kita sayang kat dia. Walaupun orang sekeliling terutama yg 'veteran' akan menyatakan bmacam2 pendapat tentang penyusuan melebihi 2 tahun, saya teruskan sahaja menyusukan Ariff dan Afif (walaupun supply xdela byk mana pun..xde dah sesi pam mengepam ni).
Namun, saya akan berusaha sedikit demi sedikit utk memberhentikan penyusuan ibu yg dilakukan secara perlahan-lahan:
  1. Beritahu anak bahawa dia ‘sudah besar’ dan boleh mula kurang menyusu
  2. Kurangkan sesi penyusuan sebaliknya gantikan dengan makanan pejal yang lebih mengenyangkan
  3. Habiskan stok susu (iaitu EBM) di dalam simpanan
  4. Tawarkan hanya direct feeding terutama pada waktu malam (proses menghentikan penyusuan malam adalah yang paling sukar!)
  5. Tawarkan susu ibu hanya apabila anak minta
  6. Tidak perlu memaksa anak minum susu formula sebagai ganti susu ibu. Jika anak tidak mahu tawarkan apa saja minuman yang berkhasiat seperti susu segar, minuman koko atau malt,  fresh juice dan lain-lain
  7. Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa

Wednesday 17 August 2011

Kuasa pelukan ibu

Sejak Ariff dan Afif kecil saya amalkan memeluk @ mendakap mereka kerana saya percaya ikatan kasih sayang kami akan bertambah erat dgn pelukan.

"Pelukan adalah sebuah terapi paling mujarab bagi penyakit kejiwaan dan emosi. Pelukan akan memberikan perasaan nyaman dan aman bagi pelakunya. Pelukan akan menyalurkan ketenangan dan kedamaian dari yang memeluk kepada yang dipeluk. Pelukan akan mengendurkan urat saraf yang tegang."

Saya ingin berkongsi satu kisah:

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu..
SYDNEY – Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.


Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.


Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas. Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku..


Friday 3 June 2011

Bermulanya sebuah kisah

Akhirnya saya mempunyai blog sendiri! Walaupun sibuk dgn rutin harian di pejabat dan di rumah...ada jgk cita2 nak menulis blog. Mudah-mudahan kerajinan utk update blog ni akan berkekalan..Insya Allah.

Nama blog ini 'Myarfif' sy ambil sempena nama 2 org anak kesayangan saya-Ariff dan Afif. Hidup sy sgt2 bmakna dgn kehadiran 2 org budak comel ni di sisi.. Oleh itu, terdetik la rasa nak kongsi pengalaman membesarkan anak2 comel ni dgn kwn2 kat luar sana sbb sy rs sbg ibu bapa muda (muda ke..?) byk yg perlu sy pelajari dlm membesarkan mereka. Semoga kita dapat berkongsi dan bertukar pendapat dalam menjadi ibu bapa yang terbaik di dunia dan di akhirat..amin..